Tuesday, December 16, 2008

Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu>daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak>mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.>>Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis>lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata>Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih.>Beberapa ekor burung>telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air>ini.">>Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung>itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini>membuatkan>Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan>wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah>menciptakan air>minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.">>Apa Yang Akan Ditanya:>Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320>kali.>Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas>keluar>dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan>semasa nafas itu keluar dan masuk ?>>Tiga Cahaya Di Hari Kiamat>Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :>Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.>Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.>Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.>>Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :>Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di>dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan>mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah>cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya>yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah>bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi." Kala Jengking Neraka>Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang>bernama Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini>dari timur>>hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.>>Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan>siapa\yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari>limaorang:->Pertama,orang yang meninggalkan sembahyang.>>Kedua, orang yang tidak mahu keluarkanzakat.>>Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.>>Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima,>orang yang suka minum arak."

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA

> > Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan> > terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia>berada> > dalam dukacita yang mencekam.> >> > Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias>muka> > atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang>ramping> > dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang>> > telah meroyak hidupnya.> >> > Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.> > Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka> > terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu>lalu> > berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai> > tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya>agar> > Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita>> > ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab>> > wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.> >> > Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah>berzina".> > Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu>meneruskan,> > "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir,> > langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu>seraya> > menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka>berang> > ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa>Allah> > tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak>Nabi> > Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.> >> > Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur>> > luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis>terangguk-angguk> > dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.>Ia> > tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke>manakah> > kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya,> > bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya>betapa> > besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.> >> > Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang>Ruhul> > Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang>> > hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih>besar> > daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar>dari> > kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh>> > rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih> > besar daripada perempuan yang hina itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan>tegas.> > "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang>meninggalkan> > solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar>> > daripada seribu kali berzina".> >> > Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi>untuk> > menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk>> > memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa> > menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa>> > penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu> > tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan> > menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan>tidak> > punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang>yang> > bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih> > mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan> > ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima> > kedatangannya.> >> > Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih> > besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah>Al-Quran,> > membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam>hadis> > yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga> > terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam>neraka> > selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun>terdiri> > dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah> > seribu tahun di dunia.> >> > Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi,> > mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk> > melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).

WASIAT RASULULLAH S.A.W.

ADAB UZ-ZIFAF


Ahmad telah menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari
Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid
daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat
kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka
(suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh
kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah
mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan
Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi
di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap
penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan
(gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.
Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis
makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam"

Saidina Ali r.a bertanya :

"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab :

"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat
perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak
dapat anak."

Saidina Ali r.a bertanya :

"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan
semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab :

"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan
bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan
menyukarkan kepadanya kelahiran.

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan
haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal
(hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua
hari)
di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak
mudah mengenainya dan anaknya."
3. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas zuhor,
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak
kerana jima' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan
sangat suka kepada manusia yang bermata juling."
4. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima' yang
demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu."
5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah
pandanganmu sewaktu berjima', (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta -
iaitu anak."
6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat
terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan
yang bersifat benci dan hina."
7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca
Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua
api
(bala) dari langit yang membakar kamu berdua."
8. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada padamu
satu tuala dan pada isterimu satu tuala."
9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu
tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat
syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu
akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada
berpecah dan talak."
10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara
berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai,
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu
sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di
merata-rata tempat."
11. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil
Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan
kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat
anak baginya kecuali sudah tua."
12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam
'Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam
tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku
bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."
13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah
cahaya matahari (secara langsung - direct) dan terkena warna
(cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka
sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan
faqir sehingga mati."
14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon
k ayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu
berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang
sebat atau seorang ketua yang bengis,"
15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara
azan dan iqomah, jika berjima' pada waktu demikian, sesungguhnya jika
Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang
menumpahkan darah."
16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia
hamil kecuali kamu berdua berwudhu', jika tidak maka sesungguhnya jika
Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi
seorang yang buta hati dan bakhil tangan."
17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada
pertengahan (Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai
tanda yang jelek pada muka dan rambutnya."
18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir
bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut
menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta."
19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat
terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu
sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak,
nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang
zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia."
20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas loteng
maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak
kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang
melewati batas."
21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam
kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan
harta kepada yang tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat
Al-Quran :
"Innal
Mubazziriina kaanu - ikhwan Nas - Syayathin."
22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu
keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian
itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak,
nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim."
23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal
malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia
menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada
akhirat."



ANJURAN BERJIMA'

24. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu bacalah :
"Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani." Maka
yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak,
tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya."
25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima' dengan isterimu pada malam
Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab
Allah
(Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan
buruk Qada' dan Qadar Allah)."
26. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Selasa,
Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat
Mati Syahid sesudah syahadah : 'Anla ilahaillallah wa anna Muhammada
ar-Rasulullah' dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya)
bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan
melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan
mengadu-domba."
27. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu malam Khamis, maka
Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana,
atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim."
28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu sewaktu matahari di
tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak
yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi
seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan
agama dan dunia."
29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat
dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan
petah."
30. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada hari Jumaat,
selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal,
masyhor dan alim."
31. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat
selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti
menjadi seorang yang abdal (terkemuka),"

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA
DARI JIBRIL A.S.".....1*

(1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms
174.

KAABAH ENGGAN BERGERAK

Selasa lalu (26 Ogos) saya menaiki motosikal menuju ke Karak Setia untuk menyampaikan kuliah Maghrib di masjid kampong berkenaan. Kereta rosak dan bermalam di pusat servis. Sebab itu saya terpaksa naik motor walaupun langit gelap.
Ketika melalui 'Karak Highway' hujan mula turun setitis demi setitis.Saya teruskan juga perjalanan. Makin lama hujan makin lebat. Baju dan seluar saya basah. Akhirnya saya ambil keputusan untuk berpatah balik. Saya balik ke rumah dan mandi.
Walaupun tidak berjaya dalam misi dakwah pada malam itu, saya tidak mahu malam itu kosong tanpa pengisian. Saya lantas pergi ke surau berhampiran untuk mengikuti kuliah bulanan yang disampaikan oleh ulama' tersohor di negeri ini iaitu Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman.
Ketika saya sampai di situ, tok guru dah mula kuliah.. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak.. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.
Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya. Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang.
Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.
Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka.Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Tuesday, March 4, 2008

MANISNYA SEORANG PEREMPUAN

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
5. Wanita yang memberi minum susu badan kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat....
10. ....dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut
11. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat
12. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan
13. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya
14. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah
15. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari
17. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari
18. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji
19. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid
20. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat
21. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya
22. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa
23. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak
24. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

Monday, July 2, 2007

UJIAN SELALUNYA MEMBUAT KITA LEBIH TABAH

Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yang sedang berduka lara itu???
Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah....dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, banyaklah sudah isi-isi yang tersingkap di dalamnya...... segala jawapan ada di dalamnya....

Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa ujian seberat ini?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
- Surah Al-Imran ayat 139

Bagaimana aku harus menghadapinya?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).
- Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".
- Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....
-Surah At-Taubah ayat 111

Kepada siapa aku berharap?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal. dicuri dari
-Surah At-Taubah ayat 129

Aku dah tak tahan lagi!!!!!!!
......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
- Surah Yusuf ayat 12

RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.