Monday, March 26, 2007

KISAH LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatuketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabiyang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yanghanya mendengar suara.Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, padasuatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkaudikehendaki berbuat seperti berikut:-
Apa yang engkau hadapi, maka makanlah ia;Apa yang engkau jumpa kemudiannya, maka engkau sembunyikan;Apa yang engkau dapat kemudiannya, maka engkau terimalah;Apa yang engkau hadapi kemudiannya, jangan engkau putuskan harapan;Apa yang engkau tempuhi kemudiannya, larilah engkau daripadanya. "Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke baratdan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam.Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan perkarapertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yangtidak dapat dilaksanakan. "Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untukmemakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkandiri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya laludisuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu.Dia pun mengucapkan kalimah syukur, "Alhamdulillah" .Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengansebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supayadisembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia punmengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambilberkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itusejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitutidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikanperkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalumemotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelahmendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskandari dalam bajunya.Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudiandia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia punbergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkanhidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu didalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa: Apa yang engkau makan itu ialah perasaan marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akannampak jua. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebabkelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kitasehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akanmenghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhiratnanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidakpernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnyapahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Makaberkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentangdirimu."p/s: Janganlah kamu kisah akan kata-kata orang tentang dirimu. Biarkan orang mengata, asalkan kamu tahu apa yang kamu lakukan itu tidak menyalahiagama dan adab masyarakat. Manusia memang tidak akan berpuas hati dengan apa yang dia ada dan orang sekelilingnya ada. Maka bersyukurlah kamusekiranya kamu tahu orang itu mengata tentang kamu.Sebagai insan kita tidak terlepas dari membuat kesilapan jadi insaf dan sedarlah segala kesilapan kita itu. Wallahu'alam

No comments: