Monday, April 2, 2007

Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang & Maha Adil

Dari Anas r.a.beliau merufu'kan hadis kepada Rasulullah s.a.w.(sabda baginda s.a.w yang bermaksud):

Anak yang dilahirkan sehingga ia mencapai akil baligh (dalam tempoh itu apa sahaja kebaikan yang dilakukannya akan ditulis bagi bapanya atau bagi kedua ibubapanya dan apa sahaja kejahatan yang dilakukannya tidak akan ditulis bagi pihaknya tidak juga bagi kedua ibubapanya.

Apabila mencapai akilbaligh dan pena pun menulis bagi pihaknya, Allah memerintahkan dua orang malaikat yang bersama-samanya agar menjaganya dan mengikatnya.Apabila sampai umurnya empat puluh tahun dalam agama islam Allah mengamankannya dari bala-bala,kegilaan dan kusta.
Apabila mencapai umur lima puluh tahun Allah meringankan hisabnya, apabila mencapai enam puluh tahun Allah mengurniakannya inabah bagi apa yang disukainya. Apabila mencapai tujuh puluh tahun penduduk dilangit mengasihinya.Apabila mencapai umur lapan puluh tahun, Allah menulis kebaikan-kebaikannya dan mengampuni kejahatan-kejahatannya.
Apabila mencapai umur sembilan puluh tahun Allah mengampuni dosa-dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian dan allah mensyafaatinya di dalam ahli rumahnya. Beliau adalah tebusan Allah dimuka buminya.
Apabila mencapai umur lanjut hingga ia tidak mengetahui sesuatupun dari apa yang telah diketahuinya, Allah menulis baginya seumpama apa yang dikerjakan semasa sihatnya dari jenis kebaikkan. apabila melakukan kejahatan tidak akan ditulis kejahatan itu bagi pihaknya.

No comments: